Monday 30 April 2012

Harini hari berdebar.

Assalamualaikum peeps! :)

Harini datang kelas critical thinking. Memang lebih separuh yang tak datang wuahahaha. Al-maklumla esok kan cuti 1 Mei. So ramai la yang gatai ambil cuti sendiri. *mcm xpuas hati jek* Tapi lecturer still ajar so takdela rugi pun datang kan hehe. Lepas tu patutnya ada kelas english, tapi cancel. So dengan senang hatinya balik la apa lagi. Ada cerita favourite menanti pukul 3 nanti. keh3. *suka suka* Tapi al-kisahnya bila kelas dah habis tu belum sempat nak keluar kelas tiba2 dengar suara sumbang mengatakan yang result last sem dah keluar. Gulp! Yin pun apa lagi terus gelisah dan terkejut sebab takde announcement pape pun.huhu.

Dalam hati bengang je dengan MSU konon nak buat surprise leteww. Selalunya dia bagitau awal2 yang result nak keluar bila. Haishhh hati dub dab dub dab, terus tak senang duduk.  So lepas discuss dengan kawan, yin ambil keputusan untuk settle pasal MUET dulu sebab takut tak bole view result. Lepas dah settle tu, balik la rumah. Bukak web nak tengok result tapi takuuutttt. Gaya dah macam tengok cerita hantu je. Sebab time tu dah nak pukul 3, so decide untuk tengok cerita favourite dulu before view result hehe. Yelaaaa takut hilang minat nak tengok plak karang haha. xD

Then fikir punya fikir..ahh! tengok jela. Bila lagi nak tengok ye dak? Sambil tangan kanan nk tekan tab untuk view result, tangan kiri pula berperanan menutup mata. Sambil tu intai2 melalui celah2 jari. Tula gaya yin tengok cite hantu hehe. Lepas dah tekan result memang bole view. Maka mata pun intai2 la dan terjawab sudah persoalan hahaha.

Alhamdulillah, bersyukur dengan nikmat Allah. Walaupun ada sikit tak puas hati, tapi apa yang yin dapat tu setimpal la kan dengan usaha. Yang penting, masih dalam target yin dan masih dapat naik pentas lagi nanti xD. Sebab belajar ni kena ikhlas, dan usaha tu bukan datang dari mulut je tapi perbuatan.Setiap orang ada rezeki masing2, yin bersyukur dengan apa yang yin dapat. :) Setakat ni, 3 org je yang dah tau result. Termasukla cik teha my gf. Sape nak tau tanya sendiri ye sebab P&C. hehe.

*sekarang tak bole view result pulak dah sebab server down. Dahla tadi tak print lagi huhu. =.=


Saturday 28 April 2012

Dating di sunway.

Assalamualaikum peeps! :)

Ketika ini, pada waktu ini, kakiku sakit, perutku kekenyangan, mataku berat. Tapi...macam biasa mana bole tido awal. Tak muda la kan. Tak gitu kengkawan?hehe. Walaupun penat tapi harini manyak syokkkkk tau. Sebab dapat dating dengan kekasih2 gelapku. Dating di mana? Macam biasa tempat favourite la. Dan yang penting misi cik nani dan cik dayah nak tengok movie The Avengers sudah tercapai. *clap clap*. Cik yin menumpang je.

The Avengers; Berjaya merembat tickets pada pukul 3.45pm. Memang laku btol sebab time kami sampai nak beli tu baru pukul 12 camtu la. Yang tinggal seat kat dua bahagian depan. Jadi alkisahnya ambil jela yg second row. Mak ai punya besar skrin berpinar2 mata yin.hehe. Tapi overall memang best lah! Lawan2 plus gelak2. So takdela serius je memanjang kan hehe. Satu wayang pun bertepuk tangan bila ada part yang best dan lawak. Bravo! :D Owh Tony Stark you are so funny plus annoying at the same time hehe but you are the hero at the end of the movie.

Delicious;  Disebabkan wayang start lambat, so kami lunch la dulu kat Delicious. Saje nak try sebab tak pernah masuk. Environment i like~~ romantik gitu hehe. Sesuai untuk dating keh2. Makanan ok kot cuma yin pi order macaroni cheese yang tersangat muak! =.= so pasni taknak order dah.haha. Yang pasti kami bertiga posing sakan kat dalam tu hehe. Meh nak tempek gambar skit.

Four cheese macaroni. Patutla muak haaha.
Nampak x bird cage? So comel~
Suka sgt environment dia~
Present hunting; Berjaya! dah beli hadiah untuk birthday ayah hehe. So tak payah pening2 dah tunggu je bulan 5 nanti nak kasi. Takleh story hadiah apa. Secret recipe hehe. Tapi yin pun ada beli hadiah untuk diri sendiri gak. *nak jugak*.

More presents; Ex-beday girl bahagia lagi sebab dapat hadiah hehe. Thanks girlfriends!

Tudung diterbangkan khas dari kelantan.Haha.

Bookmark/paper clip yg super comel and besar! hehe.
Banyak lagi nak cerita tapi dah penat. Esok mau pulang ke kampung. So kesimpulannya harini sangat happy. :) Jadi hargailah orang2 yang tersayang. hihik.

Saturday 21 April 2012

Birthday girl is a happy girl!

Assalamualaikum peeps! :)

Ish tak abes lagi ke cerita pasal birthday ni?haha. Ye, tak abes lagi. Sebab harini birthday girl nak cerita yang dia happy sangat dapat hadiah best2. Mestila happy sebab setahun sekali je dapat hadiah best n banyak. =.= eh bukan tak bersyukur ye, bersyukur sangat! Sebab kalau bukan birthday pun yin berjaya buat muka kesian kat mama pastu mama tolong bayarkan keh3. xD Yin suka sangat time birthday bukan sebab hadiah je, tapi bila kawan2 wish and doakan yang baik2 untuk yin, itu semua hadiah2 yang sangat bernilai tau tak! Siapa tak suka didoakan yang baik2. Bukan selalu kan dapat macam tu. Ye, saya sangat emotional. Tak perlu cakap. huhu. Yela mungkin bagi orang lain benda tu macam kecik je tak kisah sangat pun, tapi bagi yin tak semua benda kecik tak bernilai, tak semua benda kecik tiada nilai sentimental. Faham?
Contoh paling simple yin bagi:

Kejadian lepas masuk lif kt kondo cheras dulu. Time tu sorg je so of course la lepas tu lif nak tutup kan. takkan biar terbukak kot. Tiba2 ada one chinese guy ni cepat2 datang nak masuk tapi macam takde harapan je. So cik yin dengan sepantas kilat tekan butang open untuk that guy masuk. Nasib baik sempat. Dia dengan muka happy pun melangkah masuk sambil tersenyum kat cik adik manis yang berjaya menyelamatkan dia *eceh perasan* tapi yang buatkan hati ni berbunga2 tu sebab dia cakap 'Thank You'. Ye lagi sekali saya sangat sentimental. Benda macam tu pun boleh buat yin happy. Lepas dah sampai level rumah dia, sebelum keluar dia sempat pandang yin n cakap 'bye' sambil tersenyum lagi. *tiada motif lain ye haippp jgn fikir bukan2*. Oklah just nak cakap kat sini yang kadang2 orang sekarang ni macam dah kurang nilai2 murni. So bila masih ada yang begitu, yin suka la. ^,^.



Ok tetiba cerita bab lain plak kan. hehe. Harini ayah dan mama bawak lunch kat subang parade. Sangat kenyang. lepas makan rasa dah xsanggup nak berjalan. *melampau youu*. Tapi bila teringat dalam handbag ni ada kad diskaun yang nak spend sempena birthday di tropicana, terus semangat balik. ^.^ So lepas tu laju2 ke tropicana life *jalan je pun* dan sesi tilik menilik barang apa yg nak dibeli. Tak tau nak beli apa mula2 tuh. cam blur. Sebab memang lah member tropicana life ni, tapi bukan selalu shopping sini pun. Kalau datang pun sebab nak beli beg galas tu coz dapat diskaun hehe. or sweater la. Last2 beli kasut and pencil case. Mama belanja.hehe. Ayah dah beli hadiah awal dah, sebab hadiah tu mahal yin tak sanggup nak pau ayah lagi so pau mama jela. =.=

Lunch.




Nampak tak bantal love colour purple tu?yang tu mama kasi jugak hehe. My new bantal busuk. Seingat yin la kan last time yin dapat hadiah dari mama n ayah hadiah yang sebegitu ialah masa umur satu tahun kot. Dapat bear sama besar dengan tuan dia time tu. Thank you mama and ayah! :)
Saya sangat bertuah sebab saya masih ada keluarga dan sahabat2 yang sayangkan saya. Sayang ke?hehe.

Friday 20 April 2012

Wise thoughts on birthday.

Assalamualaikum peeps! :)

Tajuk english tapi nak tulis BM sebenarnya hehe.
Cik yin memang hanya akan menerjah dunia blogging bila dia rasa ada sesuatu yang nak diluahkan. ececeh. Itulah hakikat. So nak habaq mai skit la kat hampa semua apa yang dok bermain di fikiran ni ha. Post ini mula ditulis pabila jam menunjukkan dah pukul 12.07 am. Jadi harini dah masuk 20 April 2012 la. Ada apa dengan tarikh ni? Hari di mana pada tahun 1991, pada tarikh yang sama, seorang bayi perempuan yang comel telah dilahirkan ke dunia. Menjadi kegembiraan kepada kedua ibu bapa dia yang turut comel kerana merupakan anak sulong dalam keluarga.hehe. Sebab itulah bayi tersebut diberi nama Nur Farihin, yang bermaksud 'cahaya kegembiraanku'.



Okeh bayi tu yin la kan..buat2 tak faham plak hehe. Syukur alhamdulillah, pada hari ini, pada saat ini, yin masih dipanjangkan umur. Sepanjang 21 tahun hidup ni, macam2 pengalaman dan pengajaran hidup yang dah dilalui. Suka duka, pahit manis..macam2 dah rasa. Tapi masih dikira bertuah sebab Allah dah bagi yin macam2 nikmat. Yin cukup bertuah sebab dari kecil sampai sekarang mama dan ayah tak pernah berkira dengan yin dan adik. yela, anak dua org je pun kan. Tapi yin paling manja sebab yin anak perempuan sorang. Boleh dikatakan mostly benda yg yin mintak, mesti dapat. Walaupun yin bukanla dari keluarga yg kaya raya ke apa, cuma sederhana tapi yin bersyukur sangat. Dulu selalu rasa ayah terlalu control yin, maklumla sayang lebih, selalu rasa nak cepat besar. Bila ingat balik sekarang, baru sedar yang yin memang dah meningkat usia, tapi yin tetap anak manja ayah dan mama. :P

Sepanjang hidup 21 tahun ni jugakla yin kenal erti persahabatan. Siapa yang pergi, dan siapa yang tetap setia bersama. Pernah diberi dugaan tapi bila yin redha, Allah gantikan dengan sesuatu yang tidak kurang baiknya. Dari situ yin belajar yang apabila kita redha dengan ujian dan ketentuan dari Allah, Dia akan tunjukkan hikmah di sebalik semua tu.
Oh ye, jumaat lepas, one week before birthday, girlfriends yin yang bertuah tu buat surprise for advance 21st birthday kat papa john's. Siap ada kek yang comel. Thank you la ye korg sebab menjadi yang terawal hehe. Ye saya sangat bertuah kerana masih ada yang sayang hehe. >,<




Then hari ahad ayah semangat ajak pergi empire subang untuk present hunting. So yin dapat hadiah birthday awal. The best part was i got to choose my birthday present hihi. Thank you ayah sebab bayarkan! kui2. xD   yela takkan kakak yang bayar kot hehe. Akak sale assistant tu sangat comel melayan kami hehe. dan terima kasih juga kepada baucar shopping yang diterima. hehe tak tau lagi nak beli apa. 


Doakanlah yang baik2 sempena birthday yin ni ek. Yang mana dah wish tu thank you so much. Semoga doa2 yang baik tu dimakbulkan Allah, aminnn ^.^

Wednesday 4 April 2012

I don't wanna grow up.

Assalamualaikum peeps! :)

Well, according to my observation for the past few years..i am not growing any inches taller. sigh +,+. But that is not what i meant by growing up here. What i am trying to point out here is that lately, it seems that i cannot accept the fact that i cannot stop my aging process. Err please do not imagine any wrinkles paste on my face. haha.

Euuwwwww
I have this stupid insecurity that seems to bother me when i reach my birthday. You guys know what i mean right? to be more accurate, i'll be getting older. It just that i am still the same NUR FARIHIN living in the same body but having a soul of 16 years old girl. * eceh feeling muda gitu >,< * Because sometimes i feel like i do not resemble a 21 years old lady.  Since i've mentioned it, i'll be reaching my 21st birthday soon. So, an awkward feeling is circulating in my mind, telling me that 'oh no! getting older is not fun at all!'. Being an adult causes you to think  a lot..due to more responsibility, more planning (gatai nk kawen), stressing out about almost everything! heh, pengecut betul.haha.


Haish i know i know..nothing i could do to make it stop. But what i can do is to deal with it. I know that there are things which we could never change..no matter how hard we try..there are things we could not avoid. Getting older is a part of life. It is a process of growth and every living things will have to come to an end. Every introduction will eventually face a conclusion. Even though deep inside my heart, i just want to be that little girl with no worries and have a 'never care' attitude..but it will never be that way forever. I have to grow up. Never waste anything for something stupid.

But one thing for sure. I will always be my daddy's little girl. :) *kantoi la plak kan anak manja huhu* I always believe that i am forever young regardless how old i am! hehe.

Comel mcm budak2 x?hehe

Sunday 1 April 2012

Hijab.

Assalamualikum peeps! :)

Ish rasa macam lamanya tak tulis blog kan?huhuhu. Hangat2 tahi ayam betol. >,< Biasalah, orang yg busy mengalahkan menteri ni susah nak mengekalkan 'consistency in writing a blog'. Takdela, sejak last entri tu sibuk dengan kelas and bla bla bla macam biasa. Pastu tup tup dah nk final exam. Kesimpulannya *macam buat karangan BM time skola la* sekarang ni dah start sem baru tapi short sem. So subjek hanya dua je hehe. I repeat, DUA sahaja. Itupun bukan core subjects la.

Okay, enough update pasal diri sendiri. Actually nak cakap pasal something yang dok bermain di fikiran sejak tadi. Ini semua gara2 tengok rancangan Safiyya, ala yg kat tv9 tu. Okay jujur suka tengok rancangan tu sebab banyak pasal fesyen semua xD 'ok stop'.

Tapi ada satu slot tu membincangkan tentang mereka yg sebelum ni tidak memakai hijab kemudian mendapat hidayah untuk berubah. Maksudnya berubah untuk memakai hijab dan menutup aurat la. Rasa terharu dengar dia bercerita tentang kesedaran dia untuk berubah dan yin pun berfikir la. Betapa bertuahnya yin sejak kecil parents sangat menitikberatkan pasal pemakaian hijab.

Ingat dulu time sekolah rendah lagi mama dah suruh pakai tudung bila pergi sekolah, tapi bila keluar ke apa masih tidak berhijab lagila. Masa nak habis standard 3 baru sepenuhnya mengenakan hijab bila keluar ke mana je sampai la ke hari ini.

Yin sangat tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh wanita ini bila dia sebut yang berhijab melindungi dia dari perkara2 yg tak elok dan pilihlah kawan yg dapat membawa kita ke arah kebaikan. Jadi tidak bermaksud dengan berhijab kita ni dikatakan kolot, tidak pandai berfesyen, dan berfikiran tidak terbuka.

Berhijab bukan sekadar satu tuntutan agama, tapi banyak hikmah yg boleh kita dapat. Yin juga bukan manusia yg sempurna, masih banyak kelemahan yg ingin diperbaiki dari semasa ke semasa. Cuma pada pendapat yin, tiada alasan untuk kita menunggu untuk datangnya hidayah baru kita nak berhijab. Kita sepatutnya berusaha ke arah itu. Alasan masih belum bersedia tu alasan yg hanya menahan kita daripada melangkah ke arah untuk berubah.

Bagaimana kalau kita tidak sempat untuk berubah sebelum tibanya ajal? Haish diri sendiri pun rasa takut bila fikir. =.= Yin yg dah berhijab ni pun masih banyak kekurangan.

Niat di sini bukan nak berceramah tapi untuk kita sama2 fikirkan baik yg sudah berhijab mahupun yg berniat ke arah itu. :)

Ikhlas dari saya hihi.