Sunday 1 April 2012

Hijab.

Assalamualikum peeps! :)

Ish rasa macam lamanya tak tulis blog kan?huhuhu. Hangat2 tahi ayam betol. >,< Biasalah, orang yg busy mengalahkan menteri ni susah nak mengekalkan 'consistency in writing a blog'. Takdela, sejak last entri tu sibuk dengan kelas and bla bla bla macam biasa. Pastu tup tup dah nk final exam. Kesimpulannya *macam buat karangan BM time skola la* sekarang ni dah start sem baru tapi short sem. So subjek hanya dua je hehe. I repeat, DUA sahaja. Itupun bukan core subjects la.

Okay, enough update pasal diri sendiri. Actually nak cakap pasal something yang dok bermain di fikiran sejak tadi. Ini semua gara2 tengok rancangan Safiyya, ala yg kat tv9 tu. Okay jujur suka tengok rancangan tu sebab banyak pasal fesyen semua xD 'ok stop'.

Tapi ada satu slot tu membincangkan tentang mereka yg sebelum ni tidak memakai hijab kemudian mendapat hidayah untuk berubah. Maksudnya berubah untuk memakai hijab dan menutup aurat la. Rasa terharu dengar dia bercerita tentang kesedaran dia untuk berubah dan yin pun berfikir la. Betapa bertuahnya yin sejak kecil parents sangat menitikberatkan pasal pemakaian hijab.

Ingat dulu time sekolah rendah lagi mama dah suruh pakai tudung bila pergi sekolah, tapi bila keluar ke apa masih tidak berhijab lagila. Masa nak habis standard 3 baru sepenuhnya mengenakan hijab bila keluar ke mana je sampai la ke hari ini.

Yin sangat tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh wanita ini bila dia sebut yang berhijab melindungi dia dari perkara2 yg tak elok dan pilihlah kawan yg dapat membawa kita ke arah kebaikan. Jadi tidak bermaksud dengan berhijab kita ni dikatakan kolot, tidak pandai berfesyen, dan berfikiran tidak terbuka.

Berhijab bukan sekadar satu tuntutan agama, tapi banyak hikmah yg boleh kita dapat. Yin juga bukan manusia yg sempurna, masih banyak kelemahan yg ingin diperbaiki dari semasa ke semasa. Cuma pada pendapat yin, tiada alasan untuk kita menunggu untuk datangnya hidayah baru kita nak berhijab. Kita sepatutnya berusaha ke arah itu. Alasan masih belum bersedia tu alasan yg hanya menahan kita daripada melangkah ke arah untuk berubah.

Bagaimana kalau kita tidak sempat untuk berubah sebelum tibanya ajal? Haish diri sendiri pun rasa takut bila fikir. =.= Yin yg dah berhijab ni pun masih banyak kekurangan.

Niat di sini bukan nak berceramah tapi untuk kita sama2 fikirkan baik yg sudah berhijab mahupun yg berniat ke arah itu. :)

Ikhlas dari saya hihi.
 

No comments:

Post a Comment