Friday 20 April 2012

Wise thoughts on birthday.

Assalamualaikum peeps! :)

Tajuk english tapi nak tulis BM sebenarnya hehe.
Cik yin memang hanya akan menerjah dunia blogging bila dia rasa ada sesuatu yang nak diluahkan. ececeh. Itulah hakikat. So nak habaq mai skit la kat hampa semua apa yang dok bermain di fikiran ni ha. Post ini mula ditulis pabila jam menunjukkan dah pukul 12.07 am. Jadi harini dah masuk 20 April 2012 la. Ada apa dengan tarikh ni? Hari di mana pada tahun 1991, pada tarikh yang sama, seorang bayi perempuan yang comel telah dilahirkan ke dunia. Menjadi kegembiraan kepada kedua ibu bapa dia yang turut comel kerana merupakan anak sulong dalam keluarga.hehe. Sebab itulah bayi tersebut diberi nama Nur Farihin, yang bermaksud 'cahaya kegembiraanku'.



Okeh bayi tu yin la kan..buat2 tak faham plak hehe. Syukur alhamdulillah, pada hari ini, pada saat ini, yin masih dipanjangkan umur. Sepanjang 21 tahun hidup ni, macam2 pengalaman dan pengajaran hidup yang dah dilalui. Suka duka, pahit manis..macam2 dah rasa. Tapi masih dikira bertuah sebab Allah dah bagi yin macam2 nikmat. Yin cukup bertuah sebab dari kecil sampai sekarang mama dan ayah tak pernah berkira dengan yin dan adik. yela, anak dua org je pun kan. Tapi yin paling manja sebab yin anak perempuan sorang. Boleh dikatakan mostly benda yg yin mintak, mesti dapat. Walaupun yin bukanla dari keluarga yg kaya raya ke apa, cuma sederhana tapi yin bersyukur sangat. Dulu selalu rasa ayah terlalu control yin, maklumla sayang lebih, selalu rasa nak cepat besar. Bila ingat balik sekarang, baru sedar yang yin memang dah meningkat usia, tapi yin tetap anak manja ayah dan mama. :P

Sepanjang hidup 21 tahun ni jugakla yin kenal erti persahabatan. Siapa yang pergi, dan siapa yang tetap setia bersama. Pernah diberi dugaan tapi bila yin redha, Allah gantikan dengan sesuatu yang tidak kurang baiknya. Dari situ yin belajar yang apabila kita redha dengan ujian dan ketentuan dari Allah, Dia akan tunjukkan hikmah di sebalik semua tu.
Oh ye, jumaat lepas, one week before birthday, girlfriends yin yang bertuah tu buat surprise for advance 21st birthday kat papa john's. Siap ada kek yang comel. Thank you la ye korg sebab menjadi yang terawal hehe. Ye saya sangat bertuah kerana masih ada yang sayang hehe. >,<




Then hari ahad ayah semangat ajak pergi empire subang untuk present hunting. So yin dapat hadiah birthday awal. The best part was i got to choose my birthday present hihi. Thank you ayah sebab bayarkan! kui2. xD   yela takkan kakak yang bayar kot hehe. Akak sale assistant tu sangat comel melayan kami hehe. dan terima kasih juga kepada baucar shopping yang diterima. hehe tak tau lagi nak beli apa. 


Doakanlah yang baik2 sempena birthday yin ni ek. Yang mana dah wish tu thank you so much. Semoga doa2 yang baik tu dimakbulkan Allah, aminnn ^.^

No comments:

Post a Comment