Monday 30 April 2012

Harini hari berdebar.

Assalamualaikum peeps! :)

Harini datang kelas critical thinking. Memang lebih separuh yang tak datang wuahahaha. Al-maklumla esok kan cuti 1 Mei. So ramai la yang gatai ambil cuti sendiri. *mcm xpuas hati jek* Tapi lecturer still ajar so takdela rugi pun datang kan hehe. Lepas tu patutnya ada kelas english, tapi cancel. So dengan senang hatinya balik la apa lagi. Ada cerita favourite menanti pukul 3 nanti. keh3. *suka suka* Tapi al-kisahnya bila kelas dah habis tu belum sempat nak keluar kelas tiba2 dengar suara sumbang mengatakan yang result last sem dah keluar. Gulp! Yin pun apa lagi terus gelisah dan terkejut sebab takde announcement pape pun.huhu.

Dalam hati bengang je dengan MSU konon nak buat surprise leteww. Selalunya dia bagitau awal2 yang result nak keluar bila. Haishhh hati dub dab dub dab, terus tak senang duduk.  So lepas discuss dengan kawan, yin ambil keputusan untuk settle pasal MUET dulu sebab takut tak bole view result. Lepas dah settle tu, balik la rumah. Bukak web nak tengok result tapi takuuutttt. Gaya dah macam tengok cerita hantu je. Sebab time tu dah nak pukul 3, so decide untuk tengok cerita favourite dulu before view result hehe. Yelaaaa takut hilang minat nak tengok plak karang haha. xD

Then fikir punya fikir..ahh! tengok jela. Bila lagi nak tengok ye dak? Sambil tangan kanan nk tekan tab untuk view result, tangan kiri pula berperanan menutup mata. Sambil tu intai2 melalui celah2 jari. Tula gaya yin tengok cite hantu hehe. Lepas dah tekan result memang bole view. Maka mata pun intai2 la dan terjawab sudah persoalan hahaha.

Alhamdulillah, bersyukur dengan nikmat Allah. Walaupun ada sikit tak puas hati, tapi apa yang yin dapat tu setimpal la kan dengan usaha. Yang penting, masih dalam target yin dan masih dapat naik pentas lagi nanti xD. Sebab belajar ni kena ikhlas, dan usaha tu bukan datang dari mulut je tapi perbuatan.Setiap orang ada rezeki masing2, yin bersyukur dengan apa yang yin dapat. :) Setakat ni, 3 org je yang dah tau result. Termasukla cik teha my gf. Sape nak tau tanya sendiri ye sebab P&C. hehe.

*sekarang tak bole view result pulak dah sebab server down. Dahla tadi tak print lagi huhu. =.=


No comments:

Post a Comment